Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 57 000 Vape Bernilai Rm8 8 Juta

Diterbitkan: 11 Jul 2025 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasir Mas, 11 Julai 2025 - Sebanyak 57,780 peranti rokok elektronik atau vape pelbagai perisa dengan anggaran nilai keseluruhan RM8.8 juta dirampas dalam satu operasi khas di Kampung Gelang Mas di sini pada Rabu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-57-000-vape-bernilai-rm8-8-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT
Pasir Mas, 11 Julai 2025 - Sebanyak 57,780 peranti rokok elektronik atau vape pelbagai perisa dengan anggaran nilai keseluruhan RM8.8 juta dirampas dalam satu operasi khas di Kampung Gelang Mas di sini pada Rabu.

Dalam serbuan Op Taring Wawasan jam 2 petang, pemeriksaan terhadap sebuah lori yang dikesan berhenti dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penemuan sejumlah kotak dibalut plastik kuning mengandungi 57,780 peranti vape pelbagai perisa.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semakan awal mendapati, semua rokok elektronik ini tidak mematuhi Standard Malaysia di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Elektronik) 2022 yang mewajibkan produk memiliki sijil dan cap MS SIRIM sebelum dijual ke pasaran tempatan.

“Siasatan juga mendapati pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 22 dan 40 tahun dipercayai diupah menghantar rokok elektronik ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya pada Khamis.

Menurut Datuk Nik Ros Azhan, semua barangan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2025 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM