Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 42 700 Kelapa Bernilai Rm1 2 Juta

Published: 10 Mar 2025 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 42,700 biji kelapa ke Thailand yang membabitkan nilai keseluruhan RM1.2 juta di pangkalan haram Bahaman, Pengkalan Kubor di sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-42-700-kelapa-bernilai-rm1-2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
Tumpat, 10 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 42,700 biji kelapa ke Thailand yang membabitkan nilai keseluruhan RM1.2 juta di pangkalan haram Bahaman, Pengkalan Kubor di sini, Jumaat lalu.

Rampasan itu dilakukan Batalion 7 PGA menerusi Op Taring Wawasan jam 10.30 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan tiga lelaki yang disyaki menyeludup kelapa di stor pangkalan haram.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 42,700 biji kelapa ditemui di dalam sebuah treler dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand.

“Tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 38 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kelapa berkenaan ke negara Thailand.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM1.2 juta termasuk kenderaan dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

“Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text that says 'KAL TIGA lelaki ditahan dipercayai menjadi penghantar kelapa ke Thailand Gambar kevil, Azhan. TRELER DISEKA

ArticlePublished 10 Mar 2025 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM