Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas 3 500 Pokok Hiasan Bernilai Rm5 5 Juta
Tanah Merah, 12 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,500 tanaman hiasan termasuk pokok landskap Eugiena membabitkan nilai keseluruhan RM5.5 juta di K...
Tanah Merah, 12 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,500 tanaman hiasan termasuk pokok landskap Eugiena membabitkan nilai keseluruhan RM5.5 juta di Kampung Lalang Pepuyu, di sini, baru-baru ini.
Rampasan pada jam 4.15 petang itu dilakukan Batalion 9 PGA menerusi Op Taring Wawasan selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemui satu pokok landskap Eugiena, 1,500 pokok pemanjat pagar dan 2,000 pokok Busida ditemui di dalam lori itu dipercayai diseludup dari Thailand.
“Kita turut menahan seorang pemandu lori tempatan berusia 26 tahun kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pokok tanaman itu.
“Anggaran nilai rampasan bernilai RM5.5 juta termasuk lori dan kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.