Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Perketat Kawalan Di Sempadan

Published: 11 Mar 2025 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 11 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggerakkan tiga batalion, termasuk Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan dan tembakan di Sungai Golok, malam Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-perketat-kawalan-di-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:52 MYT

Kota Bharu, 11 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggerakkan tiga batalion, termasuk Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan dan tembakan di Sungai Golok, malam Sabtu lalu.

Selain Batalion 3 PGA yang berpangkalan di Bidor, turut diatur gerak Batalion 7 dan 9, selain unit risikan bagi menyekat sebarang gerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand ke Malaysia.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata untuk kawalan sempadan, pihaknya sudah memperketat kawalan terutama di pangkalan haram untuk menyekat semua aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan sejak awal Ramadan lagi.

"Ini kerana kita menjangkakan aktiviti penyeludupan akan lebih aktif untuk membawa masuk barangan untuk keperluan Aidilfitri serta barang terlarang yang lain.

“Susulan insiden (serangan dan letupan bom) berlaku, Briged Tenggara kini mengatur gerak penugasan dari Batalion 7, Batalion 9 dan Batalion 3 Senoi Praaq serta unit risikan untuk mengukuhkan kawalan keselamatan sempadan.

“Tindakan ini bagi menyekat pergerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand masuk ke Malaysia melalui Thailand,” katanya ketika dihubungi.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'OUIS PGA perketat kawalan di sempadan Kota Bharu: Gerakan Ab 7 Ba m(PGA) sempadan, 3Senoil batalion Senoi P


ArticlePublished 11 Mar 2025 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM