
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Perketat Kawalan Di Sempadan
Kota Bharu, 11 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggerakkan tiga batalion, termasuk Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-...
Kota Bharu, 11 Mac 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggerakkan tiga batalion, termasuk Senoi Praaq untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan dan tembakan di Sungai Golok, malam Sabtu lalu.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata untuk kawalan sempadan, pihaknya sudah memperketat kawalan terutama di pangkalan haram untuk menyekat semua aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan sejak awal Ramadan lagi.
"Ini kerana kita menjangkakan aktiviti penyeludupan akan lebih aktif untuk membawa masuk barangan untuk keperluan Aidilfitri serta barang terlarang yang lain.
“Susulan insiden (serangan dan letupan bom) berlaku, Briged Tenggara kini mengatur gerak penugasan dari Batalion 7, Batalion 9 dan Batalion 3 Senoi Praaq serta unit risikan untuk mengukuhkan kawalan keselamatan sempadan.
“Tindakan ini bagi menyekat pergerakan kumpulan pemisah dari Selatan Thailand masuk ke Malaysia melalui Thailand,” katanya ketika dihubungi.