
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Pasang Papan Tanda Di Empat Pangkalan Haram
Rantau Panjang, 21 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini, dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malay...
Rantau Panjang, 21 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini, dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram.
Tiga daripada papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram MCA, Syed Agil dan Jitong manakala satu lagi di Kuala Tanjung di Tumpat.
Beliau berkata, tindakan itu juga selaras arahan Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat bahawa mereka yang didapati menyeberang ke Thailand secara haram akan ditahan dan dikenakan denda sehingga RM10,000.
“Papan tanda itu menyatakan sesiapa yang ditangkap melintas ke Thailand melalui laluan haram boleh ditangkap dan dikenakan denda sehingga RM10,000 kerana melanggar Akta Imigresen.
“Tindakan sama juga boleh diambil terhadap warga asing yang memasuki Malaysia melalui pangkalan haram yang terletak di sepanjang Sungai Golok,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.