Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Pasang Papan Tanda Di Empat Pangkalan Haram

Diterbitkan: 21 Nov 2024 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rantau Panjang, 21 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini, dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-pasang-papan-tanda-di-empat-pangkalan-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:26 MYT
Rantau Panjang, 21 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda di empat pangkalan haram di sini, dan di Tumpat bagi mengingatkan rakyat Malaysia tidak menyeberang ke Thailand secara haram.
Tiga daripada papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram MCA, Syed Agil dan Jitong manakala satu lagi di Kuala Tanjung di Tumpat.
Komander Briged Tenggara, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, papan tanda itu diletakkan di pangkalan haram yang sering digunakan rakyat negara ini untuk menyeberang ke Thailand.
Beliau berkata, tindakan itu juga selaras arahan Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat bahawa mereka yang didapati menyeberang ke Thailand secara haram akan ditahan dan dikenakan denda sehingga RM10,000.
“Papan tanda itu menyatakan sesiapa yang ditangkap melintas ke Thailand melalui laluan haram boleh ditangkap dan dikenakan denda sehingga RM10,000 kerana melanggar Akta Imigresen.
“Tindakan sama juga boleh diambil terhadap warga asing yang memasuki Malaysia melalui pangkalan haram yang terletak di sepanjang Sungai Golok,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2024 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM