Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Musnahkan Empat Bom Ikan Buatan Sendiri

Published: 12 Apr 2026 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Tanah Merah, 12 April 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan empat bom buatan sendiri dipercayai untuk kegunaan aktiviti bom ikan yang ditinggalkan di kawasan pokok sawit berdekatan Pos Nurut di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-musnahkan-empat-bom-ikan-buatan-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:16 MYT

Tanah Merah, 12 April 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan empat bom buatan sendiri dipercayai untuk kegunaan aktiviti bom ikan yang ditinggalkan di kawasan pokok sawit berdekatan Pos Nurut di sini, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi terbabit.

"Hasil pemantauan, anggota menemui semua bom berkenaan yang ditinggalkan di pangkal pokok sawit.

"Pemeriksaan dan penilaian kemudian dibuat Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan mendapati semua bom buatan sendiri ini adalah jenis Improviced Explosive Device dan digunakan untuk tujuan mengebom ikan.

"Pihak UPB IPK Kelantan sudah menjalankan tindakan pemusnahan," katanya dalam kenyataan media semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 12 Apr 2026 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM