Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Kelantan Guna Dron Kawal Sempadan

Diterbitkan: 20 Sep 2023 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 20 September 2023 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 144 kilometer di negeri ini termasuk menggunakan dron bagi mengekang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-kelantan-guna-dron-kawal-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:56 MYT
Kota Bharu, 20 September 2023 - Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 144 kilometer di negeri ini termasuk menggunakan dron bagi mengekang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Sheik Azahar Sheik Omar berkata, seramai 400 anggota termasuk pegawai ditugaskan di sepanjang Sungai Golok dari Batu Melintang, Jeli sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat.
“Kita tingkatkan operasi bagi mengawal kemasukan PATI dari Myanmar, Bangladesh dan sebagainya termasuk warganegara Pakistan.

“Mengikut maklumat, PATI dari negara terbabit dan juga warga Pakistan yang mempunyai pasport (sah memilih) masuk melalui Sungai Golok menerusi pangkalan haram dan lorong tikus.
“Justeru, kita memperketatkan kawalan untuk mengekang kemasukan mereka. Selain itu, kawalan juga untuk memastikan tiada kes penyeludupan kontraban termasuk di musim tengkujuh yang akan datang,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Himpunan Pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), PGA, VAT69 dan Senoi Praaq di Batalion 8 PGA (PGA8) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

 
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2023 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM