Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Giat Jerat Pembelot Tahan 24 Warga Tempatan Bersekongkol Dengan Sindiket Pati

Published: 27 Aug 2021 2.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 27 Ogos 2021 - Pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan pemantauan dan penangkapan terhadap rakyat tempatan terutamanya pemandu e-hailing yang bersekongkol dengan sindiket pendatang asing tanpa izin (PATI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-giat-jerat-pembelot-tahan-24-warga-tempatan-bersekongkol-dengan-sindiket-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:10 MYT
Shah Alam, 27 Ogos 2021 - Pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan pemantauan dan penangkapan terhadap rakyat tempatan terutamanya pemandu e-hailing yang bersekongkol dengan sindiket pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, upah yang tinggi bergantung kepada jarak penghantaran, mendorong pemandu e-hailing rakyat tempatan menjadi tali barut kepada sindiket membawa masuk dan keluar PATI ke lokasi ditetapkan.

Katanya, selain berperanan sebagai pemandu e-hailing yang membawa PATI, terdapat rakyat tempatan yang ditahan kerana melindungi serta bertindak seperti ejen mengendalikan urusan keluar masuk PATI.

“Sejak tahun 2019 hingga 13 Ogos tahun ini, seramai 24 warga tempatan termasuk seorang wanita ditahan.

“Daripada jumlah itu, pada tahun 2019 ada 14 orang ditahan, tahun berikutnya pula lima orang dan tahun ini sehingga 13 Ogos ada tujuh orang termasuk seorang wanita,” katanya.

Tambahnya, soal siasat yang dijalankan memang ada antara warga tempatan yang mengaku terlibat sebagai pemandu e-hailing dengan membawa PATI.

“Tahun ini sahaja, kesemua warga tempatan yang ditahan berperanan sebagai pemandu e-hailing yang membawa PATI. Tapi mereka dakwa itu pertama kali melakukannya.

“Tapi risikan kita percaya ini bukan sekali, saya percaya lebih. Mereka yang ditahan ini akan diambil tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” ujarnya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian

May be an image of 1 person, standing and text
ArticlePublished 27 Aug 2021 2.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM