
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Gagalkan Cubaan Seludup Haiwan Eksotik Bernilai Rm67 000
Rantau Panjang, 9 Ogos 2021 - Penyeludup bertindak melarikan diri serta meninggalkan pelbagai haiwan eksotik bernilai RM67,600 di tebing Sungai Golok berdekata...
Rantau Panjang, 9 Ogos 2021 - Penyeludup bertindak melarikan diri serta meninggalkan pelbagai haiwan eksotik bernilai RM67,600 di tebing Sungai Golok berdekatan pangkalan haram Bilah Dollah di sini pada Jumaat.
Semua suspek bertindak sedemikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dengan meninggalkan kotak berisi 206 katak, 50 labi-labi, 24 anak ular, tiga ekor burung kakak tua dan seekor iguana.
Pegawai Pemerintah Batalion 9, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superitenden Nor Azizan Yusof berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sekumpulan lelaki sedang mengangkat kotak dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota kemudian mendekati kumpulan berkenaan namun semua mereka bertindak melarikan diri dengan menggunakan perahu ke sebelah Thailand serta meninggalkan kotak terbabit.
"Hasil pemeriksaan lanjut, menemui semua haiwan eksotik terbabit yang dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan disyaki untuk pasaran tempatan.
"Haiwan eksotik ini yang dirampas dan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, memburu atau menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.