Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Briged Sarawak Rampas Pelbagai Barang Bernilai Hampir Rm1 2 Juta 20250709

Published: 09 Jul 2025 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 8 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakar lima kejayaan dalam Ops Taring Bravo dan Op Taring Awas/Batas yang dilancarkan pada 30 Jun hingga 5 Julai lalu dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM1.2 juta (RM1,166,169.60).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-briged-sarawak-rampas-pelbagai-barang-bernilai-hampir-rm1-2-juta-20250709
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Kuching, 8 Julai 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakar lima kejayaan dalam Ops Taring Bravo dan Op Taring Awas/Batas yang dilancarkan pada 30 Jun hingga 5 Julai lalu dengan nilai rampasan keseluruhan hampir RM1.2 juta (RM1,166,169.60).

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang berkata pada 2 Julai 2025, pasukan polis daripada Infantri Batalion 11 PGA Kuching telah melancarkan dua Op Taring Awas/Batas di daerah Bau.

Beliau berkata dalam operasi itu dua buah lori diserbu dan diperiksa berasingan kerana disyaki membawa muatan makanan sejuk beku.

"Semasa operasi dilancarkan sekitar jam 10.30 pagi, polis daripada lnfantri Batalion 11 PGA telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan hasil pemeriksaan lanjut menemui 6,500 kilogram produk makanan sejuk beku. Turut dirampas lori digunakan suspek.

"Anggaran nilai keseluruhan rampasan RM367,000. Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dan Jabatan Veterinar Daerah Bau untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Borneo Sarawak seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'PGA Briged Sarawak Sarawakrampas rampas pelbagai barang bernilai hampir RM1.2juta juta : Am(PG.A) tahund lanjut tahun di


 
 
 
ArticlePublished 09 Jul 2025 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM