
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Bersama Lktn Dan Jkdm Berjaya Merampas 21 Tan Daun Tembakau Virginia
Kota Bharu, 19 Januari 2024 - Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) merampas 21 tan metrik daun tembakau jenis virginia dalam serbuan di sebuah premis di Pe...
Kota Bharu, 19 Januari 2024 - Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) merampas 21 tan metrik daun tembakau jenis virginia dalam serbuan di sebuah premis di Pengkalan Lahat, Ipoh, Perak pada 3 Januari lalu.
Rampasan bernilai RM650,000 itu hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia selepas LKTN melakukan intipan selama seminggu.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Kementerian Perladangan dan Komuoditi, Dato' Zailani Hj. Hashim berkata, rampasan itu merupakan kejayaan terbesar pernah direkodkan agensi berkenaan.
“Pada 2022 kita berjaya melakukan rampasan tembakau bernilai RM11,421.74 manakala tahun lalu sebanyak RM291,133.75.
“Siasatan awal mendapati tembakau yang sudah diawet itu dibawa masuk dari negara jiran melalui kawasan utara tanah air,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.