Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Bantu Kpdnhep Rampas Minyak Masak Diseleweng Lebih Rm1 Juta

Published: 14 Jul 2022 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 14 Julai 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mematahkan kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-bantu-kpdnhep-rampas-minyak-masak-diseleweng-lebih-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
Kota Kinabalu, 14 Julai 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mematahkan kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran, kelmarin.

Operasi jam 3.30 petang yang dibantu Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran itu merampas minyak masak dan minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM1,904,975.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata, hasil serbuan, pasukan operasi menemukan 9,690 kilogram minyak masak peket satu kilogram di atas kapal yang ditahan.

Selain itu, katanya, pihaknya turut menemui 5,000 liter diesel disimpan di dalam “skid tank” di kawasan berhampiran.

"Semua barang kawalan itu dipercayai cuba dijual ke negara jiran dan seorang lelaki tempatan turut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 14 Jul 2022 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM