Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pesara Pph Masih Tatap Foto Kenangan Ketika Berkhidmat Pada Zaman Darurat 1969

Diterbitkan: 26 Jul 2024 11.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.59 PM
Pasir Puteh, 26 Julai 2024 - Koleksi gambar kenangan ketika berkhidmat pada zaman darurat 1969 bukan saja menjadi pengubat rindu bersama rakan setugas, malah ibarat ‘menyimpan duit’ untuk anak-anak dan generasi seterusnya menghayati pengorbanan anggota keselamatan demi tanah air tercinta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pesara-pph-masih-tatap-foto-kenangan-ketika-berkhidmat-pada-zaman-darurat-1969
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:19 MYT
Pasir Puteh, 26 Julai 2024 - Koleksi gambar kenangan ketika berkhidmat pada zaman darurat 1969 bukan saja menjadi pengubat rindu bersama rakan setugas, malah ibarat ‘menyimpan duit’ untuk anak-anak dan generasi seterusnya menghayati pengorbanan anggota keselamatan demi tanah air tercinta.

Membelek foto disimpan elok dalam albumnya, pesara polis, Lans Koperal Mohamed Zawawi Mohd, 75, atau lebih mesra disapa Ayah Awi berkata setiap gambar menceritakan 1,001 kenangan suka dukanya bersama rakan-rakan ketika negara berdepan ancaman Parti Komunis Malaya yang bermaharajalela.

“Saya simpan gambar-gambar ini sejak saya mula sertai Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) pada 8 Jun 1969 di Ulu Kinta, Perak sehingga saya bersara daripada polis pada 2004 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

“Hanya gambar-gambar ini menjadi pengubat rindu saya mengimbau semula memori bersama rakan-rakan ketika bertugas dan rata-rata daripada mereka ini semua sudah meninggal dunia,” katanya yang menyifatkan gambar-gambar itu juga mengingatkannya betapa berharga keamanan yang dinikmati hari ini.

Bercerita penuh semangat, Encik Mohamed Zawawi berkata, beliau menyertai PPH kerana tidak sanggup melihat pasukan tentera dan polis berjuang habis-habisan mengekang kemaraan komunis di negara ini ketika zaman darurat.

“Sebelum masuk PPH, saya bekerja sebagai nelayan di Kuala Besut, Terengganu dan ketika berlaku peristiwa hitam 13 Mei 1969, hati saya membuak-buak untuk sertai pasukan keselamatan kerana ingin mematahkan pemberontakan komunis,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, Jalan Jeram Pasu, di sini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro dan The Sun.

May be an image of 3 people and text that says 'Pasir Puteh oleksi gambar kena- ngan ketika erkhid- aman bukan darurat menjadi ibarat ल- eng- Hargai seti
ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2024 11.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.59 PM