Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pertingkat Tahap Keyakinan Rakyat Terhadap Polis

Published: 10 Mar 2024 5.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Mac 2024 - Tahap kepercayaan masyarakat kepada polis, terutama dalam bidang kuasa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) harus diperbaiki dan dipertingkatkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pertingkat-tahap-keyakinan-rakyat-terhadap-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:06 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mac 2024 - Tahap kepercayaan masyarakat kepada polis, terutama dalam bidang kuasa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) harus diperbaiki dan dipertingkatkan.

Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia sebagai usaha melindungi keselamatan serta peka terhadap sensitiviti setiap pengadu atau mangsa sesuatu kes dan pemberi maklumat.
Beliau berkata, setiap pegawai dan anggota JSJ perlu memelihara keyakinan dan meletakkan keutamaan setiap individu yang tampil membuat laporan.

“Saya sentiasa peka terhadap perkara ini kerana ia berkaitan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap pegawai penyiasat kes yang seharusnya bertanggungjawab melindungi setiap maklumat sulit dilaporkan.
“Ada situasi di mana pihak polis memanggil pengadu dan individu yang dilaporkan (suspek) pada masa sama untuk dirakam keterangan, ini tidak betul dan harus diubah.
“Saya akan berbincang dengan timbalan saya, Ketua JSJ dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di seluruh negara untuk melihat perkara ini,” katanya pada Sesi Libat Urus Pengarah JSJ dan Masyarakat di Pusat Komuniti, Taman Tun Dr. Ismail di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Mar 2024 5.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM