Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pertempuran Bagai Buku Bertemu Ruas

Diterbitkan: 26 Nov 2023 7.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 26 November 2023 - Tembakan tanpa henti ibarat hujan peluru kekal menjadi pengalaman sukar dilupakan ketika mempertahankan tanah air dalam tragedi berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pertempuran-bagai-buku-bertemu-ruas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT
Ipoh, 26 November 2023 - Tembakan tanpa henti ibarat hujan peluru kekal menjadi pengalaman sukar dilupakan ketika mempertahankan tanah air dalam tragedi berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Meskipun telah 10 tahun berlalu, peristiwa serangan pengganas Sulu itu masih segar dalam ingatan Komander Skuadron Delta 69 Komando (VAT69), DSP Mazlan Mohamed yang menyertai sektor Charlie pada 1 Mac 2013.

Beliau berkata, pertempuran di sebuah ladang kelapa sawit, lokasi yang agak jauh dari penempatan awam itu diibaratkan tidak ubah seperti ‘buku bertemu ruas'.
“Keadaan muka bumi di ladang itu menjadikan tiada ruang yang cukup untuk berselindung. Mata bertemu mata, memang kelihatan jelas kedudukan musuh tetapi pada masa sama, pasukan kita juga jelas di mata mereka.

"Keadaan ini menjadikan masing-masing cuba mengambil peluang melepaskan tembakan antara satu pihak dengan pihak lain.
“Apabila berlaku sahaja dentuman pertama, suasana yang sebelum itu sunyi terus bertukar dengah bunyi tembakan. Kami saling berbalas tembakan bertali arus dan berterusan dalam tempoh agak lama,” katanya.

DSP Mazlan, 44, yang pertama kali berkongsi pengalaman dalam pertempuran itu turut menjadi saksi gugurnya perwira negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat akibat terkena tembakan musuh.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 26 Nov 2023 7.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM