Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pertandingan Sepak Takraw Sambil Talk To Us Mengenai Jenayah

Diterbitkan: 05 Feb 2022 3.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lipis, 5 Februari 2022 - Dalam usaha mengeratkan silaturahim, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan pertandingan sepak takraw dengan belia setempat di gelanggang Balai Polis Penjom, Lipis, Pahang, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pertandingan-sepak-takraw-sambil-talk-to-us-mengenai-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:14 MYT
Lipis, 5 Februari 2022 - Dalam usaha mengeratkan silaturahim, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan pertandingan sepak takraw dengan belia setempat di gelanggang Balai Polis Penjom, Lipis, Pahang, baru-baru ini.

Seramai 12 orang anggota PDRM dan belia Penjom menyertai pertandingan itu secara santai dan penuh kemesraan selari dengan matlamat program Talk To Us (Bercakap Dengan Kami).

Ketua Polis Daerah Lipis, Suprintendan Azli Mohd. Noor berkata, program Talk To Us iaitu aktiviti penerangan mengenai perlunya kerjasama dan hubungan silaturahim antara penduduk setempat. Golongan belia pula perlu berperanan menyalurkan maklumat hal berkaitan jenayah untuk membantu PDRM melaksanakan usaha pencegahan dan pembanterasan.

"Usaha murni anggota PDRM di sini yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Penjom, SM Roslee Yunus cukup signifikan selari usaha kita menangani kes jenayah.

"Pada masa yang sama usaha ini dapat memupuk hubungan yang erat dengan penduduk seperti yang terdapat amalan Komuniti Kepolisan," katanya di Penjom, Lipis, Pahang, baru-baru ini.

Sumber: Utusan Malaysia

May be an image of 5 people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 05 Feb 2022 3.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM