Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Perlu Lebih Ramai Pakar Dna Kpn

Diterbitkan: 24 Aug 2024 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya dalam perancangan menempatkan mereka berkelulusan ijazah sehingga ke PhD berkaitan bidang forensik dan mempunyai kepakaran akan berada di Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perlu-lebih-ramai-pakar-dna-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan lebih ramai pegawainya yang mempunyai kelulusan berkaitan forensik di Maktab PDRM Kuala Lumpur dalam mengukuhkan siasatan membabitkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya dalam perancangan menempatkan mereka berkelulusan ijazah sehingga ke PhD berkaitan bidang forensik dan mempunyai kepakaran akan berada di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Menurutnya, kecanggihan dan teknologi terkini penggunaan Bank Data Asid Deoksiribonukleik (DNA) DNA Forensik Malaysia mampu membantu PDRM menyelesaikan kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Menurutnya, malah, tidak mustahil jenayah yang dilakukan 20 tahun lalu pun dapat disiasat kembali jika mempunyai padanan DNA.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be a graphic of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2024 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM