Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perlis Lancar Operasi Tebang Pokok Ketum

Published: 18 Sep 2020 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 18 September 2020 - Polis Perlis akan melancarkan operasi menebang pokok ketum yang ditanam penduduk di tanah rancangan FELDA di negeri ini, mulai minggu depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perlis-lancar-operasi-tebang-pokok-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
 
Padang Besar, 18 September 2020 - Polis Perlis akan melancarkan operasi menebang pokok ketum yang ditanam penduduk di tanah rancangan FELDA di negeri ini, mulai minggu depan.
Ketika ini, polis menganggarkan terdapat di antara 1,000 hingga 1,500 pokok ketum ditanam penduduk atas alasan tersendiri dalam tiga kawasan FELDA di negeri ini.
Tumbuhan yang boleh mencetuskan rasa khayal dan ketagihan kepada mereka yang meminum air rebusan daunnya, ditanam hingga menjadi kebun mini atau pada jumlah kecil oleh penduduk FELDA di belakang kediaman masing-masing.
Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad, berkata penebangan pokok ketum itu akan dibuat mengikut Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang dikhususkan kepada entiti FELDA.
Beliau berkata, menerusi akta itu, pihaknya akan dibantu pengurusan FELDA peringkat wilayah serta Pejabat Tanah dan Galian negeri bagi memastikan tiada tanaman ketum ditanam di atas tanah milik kerajaan.
"Penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut bidang kuasa GSA yang mempunyai perjanjian tanah di antara peneroka bersama FELDA dan Kerajaan Negeri.
"Kita mula bertemu penduduk tiga tanah rancangan iaitu FELDA Mata Ayer, Rimba Emas dan Chuping, bagi menerangkan tindakan yang bakal diambil ini," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna FELDA Mata Ayer di sini semalam.
Mengulas lanjut, Dato’ Surina berkata, pihaknya menemui banyak pokok ketum ditanam penduduk tanah rancangan FELDA di negeri ini pada skala kecil di belakang kediaman masing-masing.
"Kita tidak mahu disebabkan ketum, nama baik FELDA tercemar, seterusnya
menggalakkan lagi aktiviti tidak sihat dalam kalangan generasi muda FELDA.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian seperti berikut.
Keratan Akhbar Pilihan Perlis Lancar Operasi Tebang Pokok Ketum
ArticlePublished 18 Sep 2020 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM