Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perlindungan Dan Hak Saksi Kanak Kanak Terus Diperkukuh

Published: 04 Mar 2025 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 4 Mac 2025 - Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 [Akta 676] mula berkuat kuasa secara rasmi, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perlindungan-dan-hak-saksi-kanak-kanak-terus-diperkukuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT

Putrajaya, 4 Mac 2025 - Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 [Akta 676] mula berkuat kuasa secara rasmi, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said berkata, akta diluluskan Dewan Rakyat pada 11 Julai 2024 itu bertujuan memperkukuh perlindungan dan hak saksi kanak-kanak dalam sistem perundangan negara.

“Melalui pindaan ini, Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676] kini menjadi perundangan utama yang menggariskan peruntukan substantif dan tatacara berkaitan keterangan saksi kanak-kanak,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, Dato' Sri Azalina berkata, beberapa akta berkaitan turut dipinda bagi memastikan keseragaman dalam sistem perundangan, termasuk Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text that says 'Perlindungan dan hak saksi kanak-kanak terus diperkukuh KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR indaan t

ArticlePublished 04 Mar 2025 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM