Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perlawanan Akhir Piala Fa Tindakan Tegas Kepada Kumpulan Pengacau Pdrm

Published: 10 Sep 2022 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 September 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan kepada segelintir peminat fanatik bola sepak yang berpotensi menjadi 'kumpulan pengacau' pada aksi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perlawanan-akhir-piala-fa-tindakan-tegas-kepada-kumpulan-pengacau-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Kuala Lumpur, 10 September 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan kepada segelintir peminat fanatik bola sepak yang berpotensi menjadi 'kumpulan pengacau' pada aksi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

PDRM bakal menempatkan 1,000 pegawai dan anggota bagi memastikan perlawanan yang bakal disaksikan oleh hampir 87,000 penonton itu berjalan lancar.

Ketua Polis Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, berkaitan 'kumpulan pengacau' atau dikenali sebagai "hooligan", PDRM telah melakukan risikan awal.

"Kita pastikan mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan pergaduhan, kita akan ambil gambar dan video mereka serta kita akan cakna perkara ini," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo Online.
May be an image of text
ArticlePublished 10 Sep 2022 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM