Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perkukuh Usaha Bendung Buli Di Sekolah 04122025

Published: 04 Dec 2025 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 - Sebanyak 14,000 kes buli secara purata dilaporkan berlaku di sekolah setiap tahun, sekali gus menunjukkan institusi pendidikan itu menjadi lokasi utama insiden terbabit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perkukuh-usaha-bendung-buli-di-sekolah-04122025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT
Kuala Lumpur, 4 Disember 2025 - Sebanyak 14,000 kes buli secara purata dilaporkan berlaku di sekolah setiap tahun, sekali gus menunjukkan institusi pendidikan itu menjadi lokasi utama insiden terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan jumlah itu ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 bagi bacaan kali kedua, di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, data Polis Diraja Malaysia dalam tempoh dua bulan saja iaitu sejak Ogos hingga Oktober merekodkan 160 kes dengan 78 peratus mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Secara keseluruhan, statistik termasuk melalui Sistem Sahsiah Diri Murid Kementerian Pendidikan mengesahkan sekolah adalah lokasi utama insiden buli dengan kanak-kanak adalah kumpulan paling terdedah.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 04 Dec 2025 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM