
Article
Keratan Akhbar Pilihan Perjawatan Jsjk Distruktur Perangi Jenayah Kompleks Ai Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penggunaan teknologi ''deepfake'' merupakan salah satu contoh yang membolehkan penjenayah mencip...
Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih proaktif dan berinovasi bagi mengekang eksploitasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengubah modus operandi penjenayah serta menjadikan jenayah komersil semakin kompleks.
"Rasionalisasi serta penstrukturan perjawatan di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Bukit Aman merupakan antara usaha yang telah dijalankan bagi mendepani cabaran baharu ini.
"Bagaimanapun, memandangkan tiada peruntukan perjawatan baharu, maka PDRM telah menggunakan perjawatan dalaman untuk menstruktur semula perjawatan JSJK, mengikut keutamaan fungsi-fungsi kritikal,” katanya di Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSJK di Bukit Aman, di sini semalam.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 691 perjawatan dikenal pasti dan diambil dari jabatan-jabatan lain bagi memenuhi keperluan JSJK.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.