Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Perjawatan Jsjk Distruktur Perangi Jenayah Kompleks Ai Kpn

Diterbitkan: 16 Nov 2024 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penggunaan teknologi ''deepfake'' merupakan salah satu contoh yang membolehkan penjenayah mencipta kandungan palsu, baik dalam bentuk video, gambar, mahupun audio untuk memperdaya mangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perjawatan-jsjk-distruktur-perangi-jenayah-kompleks-ai-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:40 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih proaktif dan berinovasi bagi mengekang eksploitasi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengubah modus operandi penjenayah serta menjadikan jenayah komersil semakin kompleks.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penggunaan teknologi ''deepfake'' merupakan salah satu contoh yang membolehkan penjenayah mencipta kandungan palsu, baik dalam bentuk video, gambar, mahupun audio untuk memperdaya mangsa.

"Rasionalisasi serta penstrukturan perjawatan di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM Bukit Aman merupakan antara usaha yang telah dijalankan bagi mendepani cabaran baharu ini.

"Bagaimanapun, memandangkan tiada peruntukan perjawatan baharu, maka PDRM telah menggunakan perjawatan dalaman untuk menstruktur semula perjawatan JSJK, mengikut keutamaan fungsi-fungsi kritikal,” katanya di Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSJK di Bukit Aman, di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 691 perjawatan dikenal pasti dan diambil dari jabatan-jabatan lain bagi memenuhi keperluan JSJK.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2024 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM