Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Perarakan Chariot Jalan Sekitar Ibu Negara Ditutup Dilencongkan

Published: 24 Jan 2024 3.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, antara jalan terbabit ialah Jalan Tun HS Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perarakan-chariot-jalan-sekitar-ibu-negara-ditutup-dilencongkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Kuala Lumpur, 24 Januari 2024 - Beberapa jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi perarakan chariot sempena Thaipusam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid berkata, antara jalan terbabit ialah Jalan Tun HS Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

Menurutnya, turut ditutup adalah Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh menuju Batu Caves.

“Perarakan bermula jam 9 malam Selasa dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee dan dijangka berakhir jam 4 petang Rabu di Kuil Sri Subramaniar Temple, Batu Caves.
“Sementara perarakan pulang pula bermula pada 26 Januari 2024 (Jumaat) jam 3 petang melalui laluan sama," katanya menerusi satu kenyataan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

No photo description available.
ArticlePublished 24 Jan 2024 3.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM