Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Perangkaan Kes Jenayah Scammer Dalam Talian Kian Membimbangkan

Diterbitkan: 02 Apr 2025 1.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Kuala Lumpur, 2 April 2025 - Kerugian lebih RM655 juta dalam tempoh 11 minggu tahun ini. Itu statistik kes jenayah penipuan atau "scammer" terutama secara dalam talian yang kian meningkat dan membimbangkan di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-perangkaan-kes-jenayah-scammer-dalam-talian-kian-membimbangkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:50 MYT
Kuala Lumpur, 2 April 2025 - Kerugian lebih RM655 juta dalam tempoh 11 minggu tahun ini. Itu statistik kes jenayah penipuan atau "scammer" terutama secara dalam talian yang kian meningkat dan membimbangkan di negara ini.

Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), sebanyak 10,218 kes direkodkan di seluruh negara sehingga 16 Mac lalu.

Jumlah itu membabitkan nilai kerugian lebih RM655.3 juta dengan sebanyak 11,616 kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut.

JSJK dalam satu kenyataan kepada Harian Metro berkata, statistik pihaknya merekodkan sebanyak 7,576 kes penipuan dalam tempoh sama tahun lalu.
“Namun, jumlah kes itu kini menunjukkan peningkatan sebanyak 53 peratus dalam tempoh 11 minggu.

“Jumlah kerugian juga mencatatkan peningkatan sehingga 27 peratus berbanding RM514.6 juta tahun lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, hasil analisis mendapati penipuan dalam talian terus menjadi penyumbang terbesar kes jenayah komersial.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 5 people and text that says 'Lampur RM655 penipuan Hafidzaal Ililmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my Duit RM655j kena sapu! Perangkaan k
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2025 1.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM