Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Peralihan Monsun Sedia Kemungkinan Banjir Kilat

Published: 15 Mar 2022 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 15 Mac 2022 - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya peka, berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat ekoran peralihan monsun yang bermula semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-peralihan-monsun-sedia-kemungkinan-banjir-kilat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT

Petaling Jaya, 15 Mac 2022 - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya peka, berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat ekoran peralihan monsun yang bermula semalam.

Ketua Pengarahnya, Dato' Ir. Dr. Md Nasir Md. Noh berkata, fasa itu berterusan sehingga pertengahan Mei ini menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalarn jangka masa singkat.

Katanya, situasi itu boleh meningkatkan kejadian banjir kilat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur banjir sedia ada.

"Orang ramai terutama penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihat sentiasa peka, berwaspada dan bersiap sedia.

"Orang ramai juga diingatkan tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran supaya aliran sungai tidak terhalang," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text

ArticlePublished 15 Mar 2022 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM