Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penyebaran Video Kes Culik Budak Cetus Kebimbangan

Diterbitkan: 29 Sep 2022 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 29 September 2022 - Penularan video atau maklumat berkaitan kes penculikan kanak-kanak terutama pelajar sekolah di negeri ini kononnya untuk dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand bagi pengambilan organ manusia, tidak wajar disebarkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penyebaran-video-kes-culik-budak-cetus-kebimbangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:02 MYT
Alor Setar, 29 September 2022 - Penularan video atau maklumat berkaitan kes penculikan kanak-kanak terutama pelajar sekolah di negeri ini kononnya untuk dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand bagi pengambilan organ manusia, tidak wajar disebarkan.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, tindakan seperti itu hanya akan menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada orang ramai berkaitan dakwaan penculikan kanak-kanak yang hangat diperkatakan ketika ini. Beliau berkata, tindakan tegas boleh diambil termasuk menahan individu yang didapati menyebarkan maklumat tidak tepat atau palsu untuk membantu siasatan.

"Jangan tular dahulu jika maklumat tidak sahih atau tepat, sebaliknya semak dahulu dengan pihak berkaitan untuk mengetahui maklumat lebih terperinci. Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2022 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM