Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Basikal Tidak Terlepas Tindakan Undang Undang Jspt Keluar 222 Saman

Published: 30 Sep 2020 2.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengguna basikal di negara ini tidak terlepas daripada tindakan saman lalu lintas sekiranya mereka didapati menunggang tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penunggang-basikal-tidak-terlepas-tindakan-undang-undang-jspt-keluar-222-saman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT

Kuala Lumpur, 30 September 2020 - Pengguna basikal di negara ini tidak terlepas daripada tindakan saman lalu lintas sekiranya mereka didapati menunggang tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Buktinya, dalam tempoh dua tahun ini sahaja sejak 2019 sehingga Ogos lalu, sebanyak 222 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara terhadap penunggang basikal.

Antara kesalahan ialah basikal tidak mempunyai brek dan loceng, menunggang secara bersaing serta melanggar undang-undang lalu lintas.

Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias memberitahu Utusan Malaysia, daripada jumlah saman itu, sebanyak 145 kompaun dikeluarkan pada 2019, manakala bakinya pada awal tahun ini sehingga Ogos lepas.

"Kesemua mereka yang disaman boleh didenda tidak lebih RM2,000 mengikut kesalahan penalti am dan dibaca di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

Keratan Akhbar Pilihan Penunggang Basikal Tidak Terlepas Tindakan Undang Undang Jspt Keluar 222 Saman

ArticlePublished 30 Sep 2020 2.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM