Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penjenayah Ditembak Mati Polis

Diterbitkan: 01 Jan 2024 6.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bukit Mertajam, 1 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penjenayah-ditembak-mati-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:47 MYT
Bukit Mertajam, 1 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata pihak polis pada mulanya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X70 dalam keadaan mencurigakan menghala ke Sungai Lembu di sini kira-kira 12.35 tengah malam.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang mendapati kereta itu dalam keadaan mencurigakan telah mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan terbabit, namun lelaki itu terus memecut laju untuk melarikan diri dan dalam masa sama melepaskan tembakan.
“Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu lelaki itu untuk mempertahankan diri, tetapi dia memecut laju dan selepas pasukan kami mengejarnya kira-kira 200 meter, kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pihak polis membalas tembakan dan terkena suspek.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 01 Jan 2024 6.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM