Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Peniaga Mengaku Salah Sebabkan Budak Positif Dadah

Published: 29 Jun 2022 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 29 Jun 2022 - Seorang peniaga dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mendedahkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan dadah jenis Methamphetamine dan Heroin di Kampung Sri Jaya, Kuala Krai, 18 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-peniaga-mengaku-salah-sebabkan-budak-positif-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT
Kota Bharu, 29 Jun 2022 - Seorang peniaga dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mendedahkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dengan dadah jenis Methamphetamine dan Heroin di Kampung Sri Jaya, Kuala Krai, 18 Jun lalu.

Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan, mendedahkan mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) kepada sesuatu yang membahayakan tubuh badan, iaitu dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan Heroin sehingga menyebabkan mangsa mengalami 'drug toxicity'.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai jam 3 petang pada 18 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 29 Jun 2022 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM