Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penghantar E Hailing Paling Ramai Terlibat Kemalangan Semata Mata Mengejar Trip

Diterbitkan: 12 Feb 2022 7.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tindakan tersebut yang telah menjadi 'trend' sejak kebelakangan ini bukan hanya membahayakan nyawa penunggang itu sendiri, malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penghantar-e-hailing-paling-ramai-terlibat-kemalangan-semata-mata-mengejar-trip
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT
Kuala Lumpur, 12 Februari 2022 - Keghairahan untuk berlumba-lumba mengejar 'trip' selain sikap tidak sabar menjadi antara faktor ramai penunggang motosikal terutama penghantar perkhidmatan e-hailing sanggup bergadai nyawa dengan sesuka hati melanggar lampu isyarat merah.

Tindakan tersebut yang telah menjadi 'trend' sejak kebelakangan ini bukan hanya membahayakan nyawa penunggang itu sendiri, malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Lebih membimbangkan apabila statistik tahun lalu menunjukkan sebanyak 28,649 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat.

Rekod kematian pula mencatat seramai 3,493 penunggang motosikal di seluruh negara dengan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan melanggar lampu isyarat.

Mengulas lanjut mengenai situasi itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin berkata, pelanggaran lampu isyarat kebanyakannya adalah melibatkan penghantar makanan dan barangan.

"Saya tidak nafikan perkara ini, kalau dahulu mungkin kes sebegini dianggap terpencil, namun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapati fenomena pembelian makanan dan barangan secara 'online' telah menyebabkan permintaan kepada penghantar makanan dan barangan bertambah.

"Tambahan pula apabila ramai yang kehilangan kerja dan telah beralih kepada bidang penghantaran e-hailing ini" katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'BERGADAI NYAWA DI LAMPU ISYARAT TINDAKAN melanggar lampu isyarat bukan hanyamembahayakan enunggang, ,tetapi

May be an image of 1 person and text that says 'LUMPUR Keghairahan Ramai penghantar e-hailing gadai nyawa, sanggup langgar lampu isyarat merah Masing-masin


ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2022 7.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM