
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Penggubalan Ruu Keselamatan Negara Diselaras
Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Kerajaan akan menyelaras penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Negara bagi memelihara keselamatan negara daripada a...
Kuala Lumpur, 15 November 2024 - Kerajaan akan menyelaras penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Negara bagi memelihara keselamatan negara daripada ancaman sama ada dari luar atau dalaman.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Hj. Nasarah, berkata ia termasuk melindungi Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan keharmonian antara agama.
Berhubung status terkini Akta Hasutan 1948, Datuk Seri Shamsul Anuar berkata, akta itu akan dikekalkan buat masa kini bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.