Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Penagih Dadah Kutip Derma Pondok Tahfiz

Published: 22 Jul 2025 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 22 Julai 2025 - Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand ditahan ketika sedang mengutip derma yang didakwa untuk sebuah pondok tahfiz di sebuah kedai makan di Salor di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penagih-dadah-kutip-derma-pondok-tahfiz
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Kota Bharu, 22 Julai 2025 - Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand ditahan ketika sedang mengutip derma yang didakwa untuk sebuah pondok tahfiz di sebuah kedai makan di Salor di sini, kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 11.45 pagi menerusi Ops Taring Delta.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tiada dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai pas yang sah.

“Sebuah kenderaan, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM66 dirampas sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut.
“Salah seorang suspek positif dadah jenis Methampetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'warga Thailand dita- sedang untuk Bharu: Dua penda- Penagih dadah kutip derma pondok tahfiz Pejabat Polis D


ArticlePublished 22 Jul 2025 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM