Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pemilik Tanah Di Sempadan Akan Dilabel Tekong Darat Jika Seludup Migran Pengarah Kdnka

Diterbitkan: 04 Feb 2022 12.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali berkata, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemilik-tanah-di-sempadan-akan-dilabel-tekong-darat-jika-seludup-migran-pengarah-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:18 MYT
Pasir Mas, 4 Februari 2022 - Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terbabit dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali berkata, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemasukan pendatang warga Myanmar ke negara ini melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan selepas Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, kelmarin.

Mengulas lanjut, Dato' Hazani berkata Polis Diraja Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak perundangan mengenai hukuman setimpal bagi tekong dan pendatang haram yang sering melakukan kesalahan berulang.

"Kegiatan penyeludupan migran tidak akan berlaku sekiranya tidak ada tali barut dalam kalangan warga tempatan dan ia bukan berlaku di Kelantan sahaja.

"Kita ingatkan supaya jangan memikirkan poket sendiri tetapi fikirlah soal keselamatan dan masa depan rakyat di negara ini," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person, sitting and text
ArtikelDiterbitkan 04 Feb 2022 12.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM