Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pemandu Wanita Dipenjara 6 Tahun Denda Rm8 000

Published: 16 Oct 2020 8.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 16 Oktober 2020 - Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemandu-wanita-dipenjara-6-tahun-denda-rm8-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:30 MYT

Johor Bahru, 16 Oktober 2020 - Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas tuduhan terhadapnya.

Majistret turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.

Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga pekerja kilang membayar denda RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan tiada cukai jalan serta insurans, selepas turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan terbabit.

Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara tambahan masing-masing selama enam, empat dan tiga bulan jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: one or more people and people standing, text that says 'Pemandu wanita dipenjara 6 tahun, denda RM8,000 Nur Fatin mengaku bersalah atas
ArticlePublished 16 Oct 2020 8.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM