Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Peluru Lalu Atas Kepala Ketika Sujud

Published: 02 Sep 2023 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Besut, 2 September 2023 - Walaupun hampir lima dekad berlalu, peristiwa diserang hendap sehingga hampir meragut nyawa masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), Pesara Lans Koperal Mustaffa @ Shaafi Abas, 74.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-peluru-lalu-atas-kepala-ketika-sujud
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:25 MYT
Besut, 2 September 2023 - Walaupun hampir lima dekad berlalu, peristiwa diserang hendap sehingga hampir meragut nyawa masih segar dalam ingatan bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH), Pesara Lans Koperal Mustaffa @ Shaafi Abas, 74.

Beliau berkata, kejadian tersebut tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi anggota PPH Batalion 11 yang ditugaskan memburu saki-baki komunis di negara ini.

Dia yang ketika itu berpangkat Lans Koperal berkata, serang hendap berkenaan berlaku pada bulan Ramadan pada 1975 ketika platunnya sedang ditempatkan di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.

“Waktu itu saya sedang solat maghrib, tiba-tiba sepasukan komunis menyerang hendap dengan melepaskan tembakan ke arah kami dari jarak jauh.

“Mujur saya sedang bersujud menyebabkan peluru berkenaan hanya melalui atas kepala dan tersasar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bakap, Jabi, di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 02 Sep 2023 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM