Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pelacur Hotel Mewah Ditahan

Diterbitkan: 20 Jul 2025 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kegiatan pelacuran kelas atasan yang berselindung di sebalik operasi hotel dan apartmen mewah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya berjaya dibongkar dalam satu serbuan khas, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pelacur-hotel-mewah-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:51 MYT
Petaling Jaya, 20 Julai 2025 - Kegiatan pelacuran kelas atasan yang berselindung di sebalik operasi hotel dan apartmen mewah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya berjaya dibongkar dalam satu serbuan khas, Khamis lalu.

Operasi Op Noda yang dijalankan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Korigsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil risikan dan maklumat awam.

Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Marsus berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan 21 individu termasuk seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai penjaga wanita terbabit.

Turut ditahan, 20 pelacur terdiri daripada dua rakyat tempatan, lapan dari China, Mongolia (tiga), Uzbekistan (tiga) serta masing-masing seorang dari Jepun, Rusia, Vietnam dan Laos.

"Modus operandi sindiket pelacuran ini adalah menawarkan khidmat seks melalui laman web dengan mempamerkan gambar-gambar wanita seksi dengan meletakkan pakej serta harga untuk setiap perkhidmatan seks," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2025 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM