Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tak Lindungi Anggota Terbabit Kegiatan Haram

Published: 14 Jul 2024 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota atau pegawainya yang terbukti bersekongkol dengan sindiket judi atau pelacuran sehingga membantutkan usaha membanterasnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tak-lindungi-anggota-terbabit-kegiatan-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT
Kuala Lumpur, 14 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota atau pegawainya yang terbukti bersekongkol dengan sindiket judi atau pelacuran sehingga membantutkan usaha membanterasnya.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata tiada peluang untuk pegawai atau anggota untuk kekal dalam PDRM jika masih ‘setia' dengan sindiket atau kartel yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Katanya, Bukit Aman menerusi Jabatan Integriti Pematuhan Standard sentiasa komited dan serius dalam tindakan terhadap pihak yang menyalahi undang-undang, termasuk melindungi aktiviti haram demi mendapatkan imbuhan.

Beliau tidak menafikan kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang menyatakan aktiviti pelacuran dan perjudian masih berleluasa di seluruh negara ada kemungkinan dilindungi pihak tertentu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 14 Jul 2024 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM