Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Serius Buru Pembuli Kpn

Diterbitkan: 21 Jul 2024 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil langkah serius mengesan pesalah buli siber yang dianggap mengancam keselamatan individu lain secara dalam talian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-serius-buru-pembuli-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:20 MYT
Kuala Lumpur, 21 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil langkah serius mengesan pesalah buli siber yang dianggap mengancam keselamatan individu lain secara dalam talian.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan mereka yang melakukan buli siber ini boleh mengakibatkan berlakunya ancaman dan bahaya sehingga wujud perlakuan jenayah terhadap mangsa serangan siber mereka.
Katanya, mungkin ada yang beranggapan bahawa buli siber ini sebagai satu perkara yang remeh atau kecil, namun sebenarnya impak atau kesannya boleh mendatangkan ancaman kepada setiap mangsa buli siber.

“Elemen buli siber turut dikesan dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Nurfarah Kartini Abdullah baru-baru ini, terutama dalam menghukumi ahli keluarga sama ada mangsa mahu pun suspek,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2024 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM