Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Serius Banteras Jenayah Siber Dan Salah Guna Dadah Kpn

Published: 12 Mar 2024 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap langkah-langkah membanteras kegiatan jenayah siber dan penyalahgunaan dadah dari sekarang dengan mengambil kira perubahan teknologi saban tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-serius-banteras-jenayah-siber-dan-salah-guna-dadah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:15 MYT
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap langkah-langkah membanteras kegiatan jenayah siber dan penyalahgunaan dadah dari sekarang dengan mengambil kira perubahan teknologi saban tahun.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, perkembangan teknologi semasa dan semakin moden juga akan digunakan penjenayah untuk sentiasa berfikiran di luar kotak.

“Jadinya kita (PDRM) perlu tahu dan lihat dalam masa lima hingga 10 tahun lagi apakah bentuk dan taktik penjenayah siber serta penyalahgunaan bahan ini. Kita perlu faham daripada sekarang.

“Sekiranya kita tidak mengambil dan melakukan apa-apa langkah pencegahan dari sekarang kita (PDRM) akan ketinggalan.

“Untuk menuju ke arah situasi baharu ini, PDRM perlu bergerak ke arah modus jenayah siber dan narkotik. Jenayah narkotik ini juga banyak merugikan kerajaan," katanya pada Program PDRM Special Dialogue 2024 di Maktab PDRM, di sini semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 12 Mar 2024 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM