
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Sentiasa Pantau Aktiviti Di Media Sosial
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Bukan lagi kes terpencil berikutan kegiatan menjual video lucah "made in Malaysia" semakin galak dihasilkan warga tempatan keti...
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Bukan lagi kes terpencil berikutan kegiatan menjual video lucah "made in Malaysia" semakin galak dihasilkan warga tempatan ketika ini.
Perkara itu turut diakui Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak susulan siasatan dilakukan pihaknya di media sosial.
Menurutnya, malah polis juga berharap orang awam yang mempunyai maklumat dan mengetahui berkaitan kegiatan ini turut tampil membantu polis dalam membanteras kegiatan seperti ini.
“Tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' itu amat bertepatan dalam menyampaikan maklumat kepada kita seterusnya dapat memantau dan mengambil tindakan yang berkesan.