Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Sedia Sekat Laluan Selangor Fc

Diterbitkan: 18 May 2026 6.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Petaling Jaya, 16 Mei 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC bersedia menjadi batu penghalang kepada Selangor FC untuk menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua dan meraih slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-sedia-sekat-laluan-selangor-fc
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:01 MYT
 
Petaling Jaya, 16 Mei 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC bersedia menjadi batu penghalang kepada Selangor FC untuk menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua dan meraih slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.

Aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), esok bakal menghidangkan aksi sengit apabila Selangor masih memburu tiga mata penting manakala PDRM pula mahu menutup kempen liga dengan keputusan positif.

Selangor ketika ini berada di tangga ketiga selepas mengumpul 49 mata, satu mata di belakang Kuching City FC yang melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC, di laman sendiri, esok.

Jurulatih PDRM, Encik Eddy Gapil tidak menolak kemungkinan tersebut memandangkan pasukannya amat memerlukan tiga mata kemenangan dalam aksi terakhir liga musim ini.

"Ada terfikir (kacau daun) dan boleh jadi, tetapi saya lebih suka bersikap realistik dengan situasi semasa untuk bertemu pasukan besar dan berkualiti seperti Selangor.

"Namun, saya tetap menaruh kepercayaan kepada pasukan untuk memberikan sepenuh hati mereka bagi mendapatkan keputusan positif menjelang aksi terakhir liga nanti," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
ArtikelDiterbitkan 18 May 2026 6.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM