
Artikel
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PERTINGKAT KESELAMATAN HADAPI TUAN RUMAH ASEAN - KPN
Kuala Lumpur, 2 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin, seiring cabaran bah...
Kuala Lumpur, 2 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin, seiring cabaran baharu selepas Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun ini.
“Sebagai penguatkuasa undang-undang, seluruh warga Sang Saka Biru perlu memperkukuhkan integriti, berdedikasi melaksanakan amanah, mematuhi peraturan serta mengekalkan prinsip kesederhanaan dan istiqamah dalam kebaikan,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu semalam.
Menurut beliau, keupayaan PDRM diuji pada tahun lalu melalui pelbagai kes berprofil tinggi yang memerlukan kompetensi tinggi dalam aspek sumber manusia, logistik, teknologi dan tatakelola organisasi.
“Tahun 2024 adalah masa untuk kita (polis) menggandakan usaha dalam memastikan tahap keselamatan berada pada kedudukan terbaik, terutama apabila negara berada di tempat ke-10 dalam Indeks Keamanan Global 2024 daripada 163 negara.
“Pencapaian tersebut bukan sahaja kebanggaan kita tetapi turut memberi keyakinan kepada pelabur asing, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.