Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Perluas Guna Dron Jaga Sempadan Negara Pengarah Kdnka

Published: 04 Feb 2022 5.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali berkata, penggunaan dron terbukti membantu penugasan pihaknya menerusi kawalan sempadan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-perluas-guna-dron-jaga-sempadan-negara-pengarah-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Rantau Panjang, 4 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan penggunaan dron di seluruh Semenanjung Malaysia kepada 10 unit bagi memperkukuhkan lagi kawalan sempadan negara menerusi teknologi kepintaran buatan (AI) dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali berkata, penggunaan dron terbukti membantu penugasan pihaknya menerusi kawalan sempadan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.

"Hasrat saya suatu hari nanti penggunaan Al dapat diperluaskan sehingga ke sempadan perairan negara," katanya pada Majlis Penyerahan Dron kepada PGA di Markas Taktikal Lubok Stol, di sini, semalam.

Menurutnya, penggunaan teknologi perlu dipertingkatkan berikutan penjenayah menggunakan pelbagai taktik bagi mengelakkan dicekup.

Dato' Hazani berkata, anggota PGA yang mengendalikan dron itu juga telah diberikan latihan secukupnya sejak Mac tahun lalu dengan bantuan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 04 Feb 2022 5.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM