
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Perkukuh Penugasan Logistik Hadapi Prn 20260611
Ipoh, 6 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh aspek penugasan anggota dan logistik bagi memastikan proses pilihan raya negeri (PRN), susulan pemb...
Ipoh, 6 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh aspek penugasan anggota dan logistik bagi memastikan proses pilihan raya negeri (PRN), susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan Negeri Sembilan agar berjalan lancar, selamat dan terkawal.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, persiapan awal sedang dilaksanakan termasuk penilaian berhubung keperluan sumber manusia dan aset logistik.
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan taklimat daripada Ketua Jabatan KDNKA di kontinjen terlibat bagi mengenal pasti keperluan sebenar sepanjang tempoh pilihan raya berkenaan.
"Kita akan membuat persiapan dan siap siaga dari segi penugasan, khususnya melibatkan sumber manusia dan logistik bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan baik, lancar dan selamat.
"Sekiranya keanggotaan di kontinjen yang terlibat tidak mencukupi, kita akan memohon bantuan kekuatan daripada kontinjen berhampiran bagi menampung keperluan penugasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis di Mes Pegawai Kanan Perak di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.