Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Pantau Ketat Kawasan Sempadan Malaysia Thailand

Diterbitkan: 15 Apr 2024 3.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.19 PM
Sepang, 15 April 2024 - Polis Perlis menggerakkan anggotanya untuk memantau sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan suspek kes tembakan di balai ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang tidak bolos ke negara jiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-pantau-ketat-kawasan-sempadan-malaysia-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT
Sepang, 15 April 2024 - Polis Perlis menggerakkan anggotanya untuk memantau sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan suspek kes tembakan di balai ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang tidak bolos ke negara jiran.
Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, perkara itu dalam perhatian polis dan pihaknya sudah mengkoordinasikan pemantauan terutama di kawasan sempadan negara.
Katanya, pihaknya turut menambah keanggotaan kawalan terutama di kawasan yang sering menjadi ‘laluan tikus'' untuk bolos ke negara jiran.
“Setakat ini, tiada individu yang mencurigakan dikesan di negeri ini namun kawalan sempadan masih tetap dilaksanakan seperti biasa.
“Kita turut menambahkan elemen kawalan termasuk risikan kita di sempadan bagi memastikan suspek tidak terlepas ke negara jiran, ”katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2024 3.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.19 PM