Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kuasai Ai Tangani Jenayah Era Digital

Published: 13 Oct 2025 3.41 AM Updated: 23 Sep 2026 10.51 AM
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Penguasaan teknologi moden, khususnya kecerdasan buatan (AI), menjadi penekanan dalam latihan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah yang semakin kompleks.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-kuasai-ai-tangani-jenayah-era-digital
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:15 MYT
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Penguasaan teknologi moden, khususnya kecerdasan buatan (AI), menjadi penekanan dalam latihan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah yang semakin kompleks.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, latihan pegawai bukan sahaja membentuk disiplin dan integriti, malah turut memberi penekanan kepada kemahiran profesional dan keupayaan menyesuaikan diri dengan cabaran era digital.

Katanya, pegawai dilatih untuk melaksanakan tanggungjawab masa depan dengan komitmen tinggi dan profesionalisme, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
“Seiring perkembangan era teknologi digital, para pelatihjuga telah ditekankan untuk menguasai ilmu dan kemahiran mengadaptasi teknologi moden, khususnya teknologi AI yang turut mengevolusi ancaman jenayah dan keselamatan.

“Penguasaan AI oleh warga PDRM melangkaui potensi ancaman, melaksanakan usaha pencegahan dan memperkukuh benteng keselamatan, demi kesejahteraan masyarakat,” katanya selepas istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Kuala Lammpur: imoden, khususnva buatan dalam Diraja bukan integriti, kepada PDRM kuasai AI tangani jenayah era digital
ArticlePublished 13 Oct 2025 3.41 AMUpdated 23 Sep 2026 10.51 AM