Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Komited Kawal Sempadan Daripada Dibolosi Pendatang

Published: 24 Feb 2022 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Perkara itu ditegaskan Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa, BBC News Indonesia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-komited-kawal-sempadan-daripada-dibolosi-pendatang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:55 MYT
Kuala Lumpur, 24 Februari 2022 - Bukit Aman akan meneruskan operasi bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi warganegara asing termasuk etnik Rohingya.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa, BBC News Indonesia.

Kelmarin BBC melaporkan, pelarian Rohingya di Malaysia mengaku membayar RM6,000 kepada penyeludup untuk keluar dari Aceh, Indonesia untuk diseludup ke negara ini.

Tuan Fadil berkata, pihaknya mengambil maklum kemungkinan terdapat warga Rohingya cuba diseludup ke negara ini dari Indonesia.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi mengawal sempadan dari dibolosi oleh warganegara asing bagi mencegah aktiviti haram penyeludupan migran melalui jalan tidak sah," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text that says 'Komited kawal sempadan daripada dibolosi pendatang Kuala Bukit Kelmarin BBC melapor- lan katanya. tindakan pencegahan wa
ArticlePublished 24 Feb 2022 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM